HADIS MUBAHALAH ( dialog nabi muhammad saw dg pemuka kristen )


ksih

Hadis Mubahalah

Bismillaahi r-Rahmani r-Rahim

Abu Bakr bin Muhammad bin Ibrahim al-‘Allaf al-Hamdani di Hamadan telah memberitahu aku berkata: Abdullah bin Ja’far bin Muhammad bin Ja’far bin Musa bin Syazan al-Bazzaz telah memberitahu kami dengan katanya: Abu Abdullah al-Husain bin Muhammad bin Sa’id al-Bazzaz yang dikenali dengan Ibn al-Matbaqi, dan Ja’far al-Daqqaq telah memberitahu kami, mereka berdua berkata: Abu al-Hasan Muhammad bin al-Faidh bin Fayyadh al-Dimasyqi di Dimsyiq telah memberitahu kami dengan katanya: Ibrahim bin Abdullah anak saudara lelaki Abd al-Razzaq telah memberitahu kami, berkata: Abd al-Razzaq bin Hammam al-San’ani telah memberitahu kami, berkata: Mu’ammar bin Rasyid telah memberitahu kami, berkata: Muhammad bin al-Munkadir telah memberitahu kami daripada bapanya daripada datuknya berkata: Al-Sayyid dan al-‘Aqib adalah dua orang paderi Najran berserta rombongannya yang terdiri tujuh puluh orang telah datang mengunjungi Nabi s.a.w. Aku telah berada bersama mereka dan di kalangan kami diadakan pengajaran Injil secara ringkas, iaitu pengajaran Injil oleh pengeluar dana mereka. Tiba-tiba seekor baghal betina terjatuh, maka paderi itu berkata: Terjatuhlah orang yang kami mendatanginya dari jauh (Rasulullah s.a.w). Lantas sahabatnya bernama al-‘Aqib berkata: Andalah yang terjatuh dan terbalik. Paderi itu berkata: Kenapakah begitu?

Al-‘Aqib berkata: Kerana anda telah menjatuhkan Nabi al-Ummiy Ahmad. Paderi berkata: Bagaimana anda mengetahuinya? Al-‘Aqib berkata: Tidakkah anda membaca daripada al-Miftah al-Rabi’ daripada wahyu kepada al-Masih: Katakanlah kepada Bani Israel: Alangkah jahilnya kamu!. Kamu melahirkan diri kami dengan hiasan dunia di sisi ahlinya dan ahli kamu. Sedangkan di dalam hati kamu di sisi aku seperti bangkai yang busuk. Wahai Bani Israel! Berimanlah dengan Rasul-Ku al-Ummiy, ia akan lahir pada akhir zaman. Mukanya seperti bulan penuh purnama, mempunyai seekor unta betina merah dihiasi dengan cahaya, mempunyai maruah yang baik dan pakaian yang kasar. Dia adalah penghulu kepada mereka terdahulu di sisi-Ku, orang terakhir yang paling mulia, akan menurut sunnah-Ku, akan memasuki syurga-Ku, pejuang dan di tangannya kaum musyrikin kerana-Ku, bergembiralah dengan berita tersebut. Wahai Bani Israel! Perintahlah Bani Israel supaya menolong dan membantunya.

Isa berkata: Quddus, quddus. Siapakah hamba yang soleh ini? Hati aku telah mencintainya sekalipun mata aku tidak pernah melihatnya? Dia berkata: Beliau adalah daripada anda dan anda adalah daripadanya, beliau adalah ipar anda daripada ibu anda, sedikit anak, berkahwin ramai, tinggal di Makkah iaitu tempat asas yang telah diletakkan Ibrahim. Keturunannya daripada zuriat yang diberkati (Mubarakah) iaitu madu ibu anda di syurga. Beliau mempunyai beberapa keadaan; matanya tidur, tetapi hatinya jaga. Beliau memakan hadiah, tetapi tidak memakan sedekah. Beliau mempunyai kolam (haudh) di pinggir Zamzam sehingga ke tempat jatuhnya matahari.

Padanya dua minuman daripada jenis Rahiq dan Tasnim. Padanya piala-piala yang banyak seperti bilangan bintang di langit. Siapa yang meminumnya maka dia tidak akan dahaga selama-lamanya. Itu adalah kerana Aku telah melebihkannya ke atas semua rasul. Perbuatannya menepati perkataannya secara rahsia atau terang-terangan. Alangkah bagusnya untuk dirinya. Alangkah bagusnya untuk umatnya yang menghidupkan agamanya dan mati di atas sunnahnya dan bersama-sama Ahlu l-Baitnya. Mereka cenderung dalam keadaan beriman, tenang dan diberkati. Pada musim kemarau dan kesusahan beliau menyeru-Ku, maka langit menurunkan hujan dengan lebat sehingga dilihat kesan keberkatannya. Aku akan memberkati apa yang dilakukannya. Beliau berkata: Ilahi, namakannya. Dia berkata: Ya. Namanya Ahmad iaitu Muhammad rasul-Ku kepada semua makhluk, yang paling hampir kedudukannya dengan-Ku, yang paling banyak mendapat syafaat-Ku. Beliau tidak memerintahkan melainkan apa yang Aku suka dan beliau melarang apa yang Aku benci.

Sahabat al-‘Aqib berkata kepadanya: Kenapa anda mengemukakan kepada kami orang yang sebegini sifatnya? Al-‘Aqib berkata: Kita akan menyaksikan keadaannya, kita melihat akan bukti-buktinya. Jika ia benar sebagaimana yang dikatakan (yakun huwa huwa), kita akan menolongnya dengan perdamaian. Kita meneguhnya dengan harta-harta kita daripada penganut-penganut agama kita di dalam keadaan beliau tidak menyedari rancangan kita. Jika beliau seorang pendusta, maka pendustaannya ke atas Allah sudah cukup bagi kita. Paderi berkata: Kenapa apabila anda melihat tanda-tandanya anda tidak mengikutinya?

Beliau berkata: Tidakkah anda lihat bagaimana mereka menghormati kita, melayani kita dan membenarkan kita membina gereja-gereja serta meninggikan suara kita di dalamnya dan bagaimana jiwa boleh menerima agama yang menyamakan yang mulia dengan yang hina. Apabila mereka datang ke Madinah, para sahabat Rasulullah s.a.w melihat mereka dan berkata: Kami belum pernah melihat rombongan Arab yang lebih cantik daripada mereka, yang mempunyai perasaan, dan pakaian di atas mereka. Rasulullah s.a.w pada masa itu telah berada jauh dari Masjid, maka aku telah menghadiri solat rombongan itu. Mereka berdiri dan mengerjakan solat di Masjid Rasulullah s.a.w ke arah timur. Beberapa lelaki di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w memahamkan mereka dengan menghalang mereka. Rasulullah s.a.w datang sambil bersabda: Tinggalkan mereka dan apabila mereka menyelesaikan solat, mereka duduk di sisi Rasululah s.a.w. dan mengadakan dialog dengannya.

Mereka berkata: Wahai Abu al-Qasim! Berhujahlah dengan kami tentang Isa? Baginda s.a.w bersabda: Isa adalah seorang hamba Allah dan Rasul-Nya serta kalimat-Nya yang telah dicampakkan kepada Maryam dan roh daripada-Nya. Seorang daripada mereka berkata: Isa adalah anak lelaki-Nya dan orang yang kedua daripada dua. Sementara yang lain pula berkata: Isa adalah yang ketiga daripada tiga: Bapa, ibu dan roh al-Qudus. Kami telah mendengarnya di dalam al-Qur’an yang telah diturunkan kepada anda iaitu ayat: Kami telah melakukannya, kami telah menjadikannya dan kami telah menciptakannya.

Jika Ia adalah Satu, nescaya Dia akan berkata: Aku telah mencipta (khalaq-tu), aku telah menjadikannya (ja’al-tu) dan aku telah melakukannya (fa’al-tu). Pada saat itu Nabi s.a.w telahpun menerima wahyu yang diturunkan kepadanya pada permulaan Surah Ali Imran sehingga enam puluh ayat. Di antaranya Surah Ali Imran (3):61″Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu, maka katakanlah (kepadanya) Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak-kamu,wanita kami dan wanita kamu, diri kami dan diri kamu,kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada mereka yang dusta”

Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada mereka tentang kisah ini dan membaca ke atas mereka al-Qur’an, sebahagian mereka berkata kepada yang lain: Demi Tuhan, ia telah datang kepada kamu dengan lebih jelas daripada cerita sahabat kamu.

Rasulullah s.a.w berkata kepada mereka: Sesungguhnya Allah a.w telah memerintahkan aku supaya bermubahalah dengan kamu. Mereka berkata: Jika begitu, besok kami bermubahalah dengan kamu. Mereka berkata: Sehingga kita menunggu dengan apakah beliau bermubahalah besok. Adakah dengan pengikut-pengikutnya yang biasa atau dengan keluarganya daripada ahli Safwah dan Taharah? Kerana mereka adalah tunjang para nabi dan rujukan mereka. Setelah tiba keesokan harinya, Nabi s.a.w berjalan di waktu pagi di kanannya Ali, di kirinya al-Hasan dan al-Husain, dan di belakang mereka adalah Fatimah a.s. Di atas mereka kain Najran sementara di atas bahu Rasulullah s.a.w kain kasar yang sederhana tebal.

Maka baginda s.a.w. memerintahkan supaya berhenti di antara dua pohon, kemudian baginda s.a.w. membersihkan tempat di antara keduanya. Baginda s.a.w. meletakkan kain (al-Kisa’) di atas kedua-dua pohon tersebut dan memasukkan ahli keluarganya di bawah kain tersebut. Kemudian baginda s.a.w. memasukkan bahunya di sebelah kiri bersama-sama mereka di bawah kain berpegang kepada panahnya, mengangkat tangan kanannya ke langit untuk bermubahalah. Orang ramai melihat dengan tekun. Warna al-Sayyid dan al-‘Aqib berubah menjadi kuning, fikiran mereka berdua hampir terbantut. Seorang daripada mereka berdua berkata kepada sahabatnya: Adakah kita akan bermubahalah dengannya?

Beliau berkata: Tidakkah anda mengetahui bahawa tidak ada satu kaum pun yang bermubahalah dengan seorang nabi kecuali yang muda mereka akan membesar dan yang tua mereka akan tinggal. Aku fikir anda tidak akan mampu menghadapi bahayanya. Justeru berilah kepadanya harta dan senjata yang beliau kehendaki, kerana beliau adalah seorang ahli peperangan. Katakan kepadanya: Adakah dengan mereka itu anda bermubahalah dengan kami supaya beliau (Nabi s.a.w) tidak terfikir bahawa kami telah mengetahui kelebihannya dan kelebihan Ahlu l-Baitnya pada awal-awal lagi.

Apabila Nabi s.a.w mengangkat tangannya ke langit untuk bermubahalah, seorang daripada mereka berdua berkata: Rahbaniyyah yang mana satu ini?! Jika lelaki itu membuka mulutnya untuk bermubahalah, nescaya kami tidak akan kembali kepada kelurga dan harta kami. Mereka berdua berkata: Wahai Abu al-Qasim! Adakah dengan mereka itu anda akan bermubahalah dengan kami? Baginda s.a.w. berkata: Ya, mereka itu adalah orang yang paling terkemuka di atas muka bumi ini selepas aku di sisi Allah s.w.t, dan yang paling hampir kepada-Nya. Kedua-dua paderi itu menjadi cemas dan berkata kepadanya: Wahai Abu al-Qasim! Kami akan memberi kepada anda seribu pedang, seribu baju besi dan seribu perisai daripada kulit. Seribu dinar setiap tahun dengan syarat baju besi, pedang dan perisai di sisi anda diberi pinjam sehingga kaum kami datang selepas kami, maka kami akan memberitahu mereka tentang pendapat kami sama ada menerima Islam, jizyah atau memberi barang-barang yang dijanjikan (al-Muqata’ah) setiap tahun.

Nabi s.a.w berkata: Aku telah menerima perkara tersebut daripada kamu berdua. Demi Yang telah mengutus aku dengan kekeramatan, jika kamu bermubahalah dengan aku dan dengan mereka di bawah kain, nescaya Allah akan membakar kamu dengan api dan mereka di sekelilingnya lebih cepat dari kelipan mata. Maka Jibrail turun ke atasnya dan berkata: Wahai Muhammad, Allah memberi salam kepadamu dan berfirman: Demi kekuatan-Ku, Kemuliaan-Ku dan ketinggian tempat-Ku, jika penghuni langit dan penghuni bumi bermubahalah dengan mereka di bawah kain (al-Kisa’), nescaya langit akan runtuh dan bumi akan terputus-putus. Tidak ada sesuatu pun yang dapat berdiri di atasnya lagi. Maka Nabi s.a.w. mengangkat tangannya sehingga dapat dilihat keputihan ketiaknya. Baginda s.a.w. bersabda: Bagi mereka yang telah menzalimi kamu akan hak kamu dan tidak mengambil berat tentang upah yang telah difardukannya oleh Allah pada kamu, maka laknat Allah mengikuti mereka sehingga hari Kiamat.

by, muhrikaizi
muhrikaizi@gmail.com

2 Tanggapan to “HADIS MUBAHALAH ( dialog nabi muhammad saw dg pemuka kristen )”

  1. potterscredit Says:

    Adakah anda memerlukan PINJAMAN? JIKA YA Email: potterscredit@yahoo.com: UNTUK KREDIT ANDA HARI INI, KITA DI PERKHIDMATAN ANDA.

  2. hafif Says:

    sy butuh pinjaman buat selungkuhan,tp,bayarnya cicilan.

Komentar Sobat KSIH

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s


%d blogger menyukai ini: