TAFSIR SURAT AL-JUM’AH AYAT 9-10DAN KELEBIHAN MALAM JUM’AT


ksih

TAFSIR Surah al-Jumu’at AYAT 9 – 10
Diriwayatkan daripada Jabir al-Ja’fi berkata: Pada suatu malam aku berada di sisi Abu Ja’far a.s. Aku membaca ayat dalam Surah al-Jumu’at (62) :9-10 “Wahai mereka yang beriman,apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu (fa-s’au) kepada mengingati Allah (zikri l-Lahi)”. Beliau a.s. berkata: Bagaimana anda membacanya wahai Jabir? Aku berkata: “Wahai mereka yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu (fa-s’au) kepada mengingati Allah. Beliau a.s berkata: Ini adalah tahrif wahai Jabir.

Aku berkata: Bagaimana aku membacanya-Allah telah menjadikan diri aku tebusan anda-? Beliau a.s berkata: fa mdhau ila zikri l-Lahi, bukan fa-s’au ila zikri l-Lahi, begitulah ia diturunkan. Jika ia adalah Sa’yan seperti di dalam ayat, maka ia bererti ‘adwan (berlari dengan cepat) sedangkan Rasulullah s.a.w tidak menyukainya. Baginda s.a.w. membenci lelaki yang berlari dengan cepat bagi menunaikan solat.

Wahai Jabir! Kenapakah hari Jumaat dinamakan Jumaat? Aku berkata: Anda beritahu aku, Allah telah menjadikan diri aku tebusan anda. Beliau a.s. berkata: Wahai Jabir, Allah menamakan hari Jumaat sebagai Jumaat kerana pada hari itu dikumpulkan mereka yang terdahulu (al-Awwalin), mereka yang terkemudian (al-Akhirin). Kesemua makhluk Allah yang terdiri daripada Jin, manusia dan segala yang telah dijadikan oleh Tuhan kita terdiri daripada langit, bumi, laut, syurga, neraka. Segala yang dijadikan Allah di dalam al-Mithaq. Dia telah mengambil al-Mithaq daripada mereka untuk-Nya dengan ketuhanan-Nya (al-Rububiyyah). Untuk Muhammad s.a.w dengan kenabiannya (al-Nubuwwah). Untuk Ali a.s dengan kewaliannya (al-Wilayah).

Pada hari itu Allah berfirman kepada langit dan bumi dalam Surah Fussilat (41 ) :11 “Datanglah kamu berdua menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa. Mereka berdua menjawab: Kami datang dengan suka hati ” Justeru itu Allah menamakannya Jumaat kerana Dia telah mengumpulkan pada hari tersebut mereka yang terdahulu dan mereka yang terkemudian. Kemudian Dia berfirman: Wahai mereka yang beriman,apabila diseru untuk menunaikan solat (al-Salat) pada hari Jumaat” iaitu hari Dia telah mengumpulkan kamu padanya. Al-Salat adalah Amir al-Mukminin a.s. Yang dimaksudkan dengan al-Salat ialah al-Wilayah iaitu al-Wilayah al-Kubra. Pada hari itu para nabi, para rasul dan para malaikat, malah setiap suatu yang dijadikan Tuhan; manusia dan Jin, langit, bumi dan mukminun mengucap talbiah kepada Allah a.w (fa mdhau ila zikri l-Lahi).

Zikri l-Lahi adalah Amir al-Mukminin a.s wa dharu l-Bai’a (tinggalkanlah jual beli). Apa yang dimaksudkan dengan al-Bai’a adalah yang pertama (Abu Bakr). Dhali-kum (yang demikian itu) iaitu baiah Amir al-Mukminin a.s dan wilayahnya. Khairun la-kum (lebih baik bagi kamu) dari baiah yang pertama (Abu Bakr) dan wilayahnya sekiranya kamu mengetahui (in kuntum ta’lamun). Fa-idha qudiati s-Salatu (apabila selesai menunaikan solat) iaitu baiah Amir al-Mukminin a.s, fa ntasyiru fi l-Ardh (bertebaranlah kamu di bumi). Apa yang dimaksudkan dengan al-Ardh (bumi) adalah para wasi (al-Ausiya’). Allah memerintahkan supaya mentaati mereka dan mewalikan mereka sebagaimana Dia telah memerintahkan supaya mentaati Rasul dan mentaati Amir al-Mukminin a.s. Allah menggantikan nama mereka dengan nama al-Ardh sebagai kinayah. Wa- btaghu fadhla l-Lahi. Maka Jabir berkata: wa- btaghu min fdhli l-Lahi. Abu Ja’far a.s berkata: Ini juga tahrif, tidak sebagaimana ia diturunkan iaitu carilah kelebihan Allah ke atas para wasi “Dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”

Kemudian Allah a.w berfirman: Wahai Muhammad, idha raau (apabila mereka yang syak atau menentang melihat) tijaratan (perniagaan) iaitu yang pertama (Abu Bakr) atau lahwan (permainan) iaitu yang kedua (‘Umar) mereka kembali kepadanya (insarafu ilai-ha). Aku berkata: Infadhdhu ilai-ha. Beliau a.s berkata: Ini juga tahrif .Apa yang diturunkan ialah insarafu ilaiha di tempat infadhdhu ilai-ha. Wa taraku-ka (mereka telah meninggalkan kamu) bersama Ali sedang berdiri. Katakanlah wahai Muhammad ma inda-l-Lahi (apa yang ada di sisi Allah) iaitu wilayah Ali dan para wasi yang lain khairun mina l-Lahwi wa t-Tijarati (lebih baik daripada perniagaan dan permainan) iaitu lebih baik daripada baiah kepada yang pertama dan yang kedua bagi mereka yang bertakwa. Allah adalah sebaik baik pemberi rezeki.

Kelebihan Hari Jumaat dan Malamnya

Diriwayatkan daripada Jabir bin Yazid daripada Abu Ja’far a.s bahawa beliau a.s. ditanya tentang hari Jumaat dan malamnya. Beliau a.s. berkata: Malamnya bercahaya, harinya berseri, tiada satu hari di bumi di mana matahari condong lebih bebas daripada neraka selain pada hari Jumaat. Sesiapa mati pada hari Jumaat di dalam keadaan mengetahui hak Ahlu l-Bait a.s akan ditulis untuknya terlepas (bara’ah), daripada neraka dan terlepas daripada azab kubur. Sesiapa yang mati pada malam Jumaat, dia akan dibebaskan (‘utiqa)daripada neraka .

Ali bin Mihziyar meriwayatkan secara marfu’ kepada Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa mati pada malam Jumaat di dalam keadaan mengetahui hak kami, dia dibebaskan daripada neraka dan ditulis untuknya terlepas daripada azab kubur.

by, muhrikaizi
muhrikaizi@gmail.com

Satu Tanggapan to “TAFSIR SURAT AL-JUM’AH AYAT 9-10DAN KELEBIHAN MALAM JUM’AT”

  1. ArwanK Says:

    SALAM PENYEJUK IMAN

    ~¤ ILMU MACAN EMAS ¤~

    Adalah ilmu pegangan tingkat tinggi para jawara terdahulu dalam mengusir penjajah dari NUSANTARA serta sebagai pegangan dalam mengarungi kerasnya kehidupan.
    Ilmu ini boleh diamalkan oleh pria maupun wanita.

    Inilah rupa ilmunya :

    BI’ISMILLAHI HU AKBAR
    HUUMMMAAH
    KAMKAM GUNTUNG GLUGUM SUMSUM,AL YAOMAH NAKHTIMU ALAA FIYANIHIM,ILA ALI ILA MUHAMMAD.

    PENGUASAKU MACAN EMAS ALLAH TA’ALAH,
    HIDUPKU MACAN EMAS ALLAH TA’ALAH.

    IRADAT DAN QUDRATKU MACAN EMAS ALLAH TA’ALAH.

    SEJATI AKU MENYERUMU DENGAN IZIN ALLAH TA’ALAH.

    KUN KATA ALLAH,
    FAYAKUN KATA MUHAMMAD.

    Penyatuan :

    mulai pada hari jumat di waktu fajar,mandi dengan posisi menghadap ke timur.
    Kedua tumit di duduki tapi lutut tidak menyentuh lantai.
    Posisi ke dua kaki vertikal menghadap belakan.
    Baca ilmunya 1x,lalu tiupkan ke air segayung dan siram bahu kanan.
    Baca 1x,lalu tiupkan ke air segayung lalu siram bahu kiri.
    Baca lagi 1x lalu tiupkan ke air segayung dan siram kepala.
    Lalu berdirilah mandi seperti biasa.
    Baca juga 1x setiap habis salat fardhu dan setiap mau tidur namun dalam posisi bebas.
    Lakukan penyatuan selama seminggu.

    Aplikasi :

    baca 1x setiap mau tidur,keluar rumah,berhadapan dengan musuh,ketika mau memulai suatu pekerjaan bahkan ketika mau kumpul sama istri.
    Dalam membacanya posisinya beber,kecuali bila dipakai waktu mandi.
    Ilmu ini membangkitkan dan menambah kekuatan,meringankan tubuh,percepat pergerakan.
    Sangat cocok bagi atlet dan saat terdesak memberikan kekebalan tubuh.

    Perawatan :

    lakukan mandi seperti di atas setiap hari jumat di waktu fajar.

    SEMOGA BERMANFAAT

Komentar Sobat KSIH

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s


%d blogger menyukai ini: