WASIAT NABI MUHAMMAD SAW KEPADA SAYIDINA ALI AS


KAMPUS SAMUDRA ILMU HIKMAH

Bismillahir-Rahmanir Rahim

Ahmad berkata: ‘Umru bin Hafs dan Abu Nasr telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Haitham daripada Ishaq bin Najih daripada Husaib daripada Mujahid daripada al-Khudri berkata: Rasulullah s.a.w telah berwasiat kepada Ali a.s dan bersabda: Wahai Ali, apabila pengantin perempuan memasuki rumah anda, maka cabutlah kasutnya ketika beliau duduk dan basuhlah dua kakinya. Curahkan air dari pintu rumah anda ke pintu yang paling jauh, kerana apabila anda melakukannya, Allah akan mengeluarkan dari rumah anda tujuh puluh bahagian kefakiran dan memasukkan tujuh puluh bahagian keberkatan dan menurunkan ke atas anda tujuh puluh rahmat dibentangkan ke atas pengantin perempuan sehingga dia mendapati keberkatannya di setiap penjuru rumah anda. Ia juga aman daripada penyakit gila, penyakit kusta dan balar selama berada di rumah tersebut. Tegahlah pengantin perempuan di dalam minggu pertamanya daripada empat perkara: Susu, cuka, ketumbar dan buah epal yang masam.

Ali a.s berkata: Wahai Rasulullah! Apakah sebab utama empat perkara tersebut ditegah? Baginda s.a.w bersabda: Kerana rahim menjadi mandul dan sejuk daripada anak dengan perkara-perkara tersebut. Tikar di sudut rumah itu adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak beranak.

Ali a.s berkata: Wahai Rasulullah! kenapakah cuka ditegah? Baginda s.a.w bersabda: Apabila perempuan datang haid selepas memakan cuka, maka haidnya tidak akan bersih dengan sempurna. Ketumbar akan membinasakan haid di perutnya dan menyukarkannya bersalin. Epal yang masam pula akan memutuskan haidnya dan akan menimbulkan penyakit kepadanya.

Kemudian Baginda s.a.w bersabda: Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri (la tujami’ imra’ata-ka ) pada awal bulan, pada pertengahan bulan dan pada akhir bulan kerana akan menyebabkan gila, kusta dan balar cepat menghidapinya dan anaknya

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda selepas zuhur, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, maka matanya akan menjadi juling (ahwalu). Syaitan akan bergembira dengan orang yang bermata juling.

Wahai Ali, janganlah anda bercakap-cakap ketika bersetubuh, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi bisu, dan janganlah anda melihat kepada kemaluan perempuan anda, pejamkan mata anda ketika bersetubuh, kerana ia akan mewarisi buta kepada anak anda.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda dengan syahwat perempuan, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi khunsa yang hina.

Wahai Ali, jika anda di dalam keadaan berjunub di atas tempat tidur anda, maka janganlah anda membaca al-Qur’an, kerana aku takut api akan turun dari langit dan membakar kamu berdua.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda melainkan anda mempunyai kain (khirqah) dan isteri anda mempunyai kain yang lain, janganlah kamu berdua menyapunya dengan satu kain. Apabila syahwat akan bertemu syahwat maka ia akan membawa kepada perpisahan dan perceraian.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda di dalam keadaan berdiri, kerana itu adalah perbuatan keldai, jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan kencing di atas tilam seperti keldai yang kencing di setiap tempat.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda pada malam raya puasa, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan mungkir janji dan dia kelak akan mendapat anak pada usia yang tua.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda pada malam Raya Korban, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, aku takut ia akan mempunyai enam atau empat jari.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda di tengah kepanasan matahari melainkan anda membentangkan tabir, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, maka ia akan berada di dalam kesengsaraan dan kefakiran sepanjang hidup.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda di bawah pokok yang berbuah, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi keras kepala dan pembunuh.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda di antara azan dan iqamah, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan mengalirkan darah.

Wahai Ali, jika isteri anda hamil, maka janganlah anda bersetubuh dengannya melainkan anda berwuduk, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi buta hati dan tidak mahu memberi pertolongan kepada orang lain.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda pada pertengahan bulan Sya’ban (nisf al-Sya’ban), kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi lebam di mukanya.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda pada akhir bulan (iaitu dua hari dipenghujung bulan) kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi papa kedana.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda dengan syahwat saudara perempuan isteri anda, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi perompak, penolong kepada orang yang zalim atau pembinasa manusia yang ramai.

Wahai Ali, apabila anda bersetubuh dengan isteri anda, maka bacalah: Wahai Tuhanku! Jauhilah aku daripada syaitan dan jauhilah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada aku” jika kamu berdua mendapat anak kelak, syaitan tidak dapat memudaratkannya.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda di bawah bumbung binaan (bukan rumah), kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi munafik, mahu menunjuk-nunjuk dan melakukan bid’ah.

Wahai Ali, jika anda keluar musafir, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda pada malam itu, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan membelanjakan hartanya tidak pada tempatnya. Rasulullah s.a.w membaca Surah al-Isra’ (17):27 ” Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan.”

Wahai Ali, jika anda keluar musafir tiga hari dan tiga malam, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia kan membantu kepada orang yang zalim.

Wahai Ali, bersetubuhlah dengan isteri anda pada malam Isnin, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjaga kitab Allah dan reda dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya.

Wahai Ali, jika anda bersetubuh dengan isteri anda pada malam Selasa dan kamu berdua mendapat anak, ia akan mati syahid selepas syahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Pesuruh-Nya. Dia tidak akan diseksa oleh Allah bersama-sama musyrikin. Bau mulutnya menjadi harum bersih lidahnya daripada mengumpat dan pembohongan.

Wahai Ali, jika anda bersetubuh dengan isteri anda pada malam Khamis dan jika kamu berdua mendapat anak, ia akan menjadi bijak atau alim dan jika anda bersetubuh dengan isteri anda ketika matahari condong dan mendapat anak, syaitan tidak akan mendekatinya sehingga dia beruban. Dia akan menjadi seorang fakih. Allah akan mengurniakan kepadanya keselamatan dunia dan akhirat.

Jika anda bersetubuh dengannya pada malam Jumaat dan mendapat anak, ia akan menjadi seorang khatib dan pandai berbicara. Jika anda bersetubuh dengannya pada hari Jumaat selepas asar dan kamu berdua mendapat anak, ia akan menjadi seorang yang terkenal dan alim. Jika anda bersetubuh dengannya pada malam Jumaat selepas Isya’ akhir, adalah diharapkan anak anda kelak menjadi salah seorang abdal Insya’ Allah.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda pada awal jam malam, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi tukang tenung dan tukang sihir, cinta kepada dunia daripada akhirat. Wahai Ali, hafazlah wasiat aku ini sebagaimana aku telah menghafaznya daripada Jibrail a.s.

by, muhrikaizi
muhrikaizi@gmail.com

Tag: ,

Komentar Sobat KSIH

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s


%d blogger menyukai ini: